Friday, February 11, 2011

6 CIRI LELAKI YANG TAK BOLEH DIBUAT SUAMI

wow ! dah lama x update blog nie...bukak je blog penoh sarang labah-labah's...haha bkn nye penoh dgn komen...tak patot betol kan...boleh labah-labah's nie duk bertelor lam blog saya...mmg rezak la kan...

di kelapangan waktu nie , teringin pulak nk berupdate blog sbb tibe2 terfikir sal kawin...hehe bukan nye nak menggatal , cuma pikir je lelaki yg macam mana saya nak jadikan suami nie...yg handsome kah , yg taff kah , yg gila kah , yg botak kah , macam macam lagi la...kot la nanti da kawen termenyesal pulak sbb salah pilih suami...

haa , nie ciri ciri lelaki yang tak bole dibuat suami...

 1. TIDAK SOLAT

Ya Allah...yang ini memang lah. tak usah la buat suami kalau solat pon dia tak buat , mmg susah lah nak jadi seorang suami yang bagus...apatah lagi nak membimbing korang dan anak anak anak korang untuk berjaya dunia dan akhirat kelak...saya bukan nya ingin tunjuk baek tapi saya juga mengimpikan lelaki yg rajin solat supaya dia dapat membimbing saya untuk solat cukup lima waktu (: orang kata solat itu tiang agama. kalau tiang pon dia tak dapat bina apatah lagi atap nya. oh ya tidak terkecuali, solat jumaat juga.  

saya tak tahu kenapa ramai lelaki yang suka memandang remeh pada solat jumaat. hari jumaat kan penghulu segala hari, kalaupun malas nak solat 5 waktu, sekurang kurang nya pegi la solat jumaat. betol tak ? dah lah berbangga pulak berjalan keliling kota bersama gf tersayang di waktu solat jumaat. tak tahu malu sungguh bukan ? kalaupun malas nak pegi solat jumaat, sila duduk diam diam dirumah. biar kamu sorang sahaja yang dapat dosa. bila kamu keluar memperlihatkan diri, kan saya dah dapat dosa sama sbb kutuk kamu. tak bagus tahu berkongsi kongsi dosa dengan orang lain -.-

2. TIDAK HORMAT PADA ORANG TUA
yang ini pulak macam kat iklan tv3 tuh. yang sorang mamat nih nak pegi rumah kekasih dia lalu terlanggar seorang pakcik tua yang sedang berbasikal. bila disuruh tolong pakcik tersebut, dia pon mnjawab "EK ELEH ORG TUA NIE. MENYUSAHKAN AKU BETOL LAH. BUAT APA AKU NAK TOLONG. AKU DAH LA LAMBAT NAK PEGI JUMPA KEKASIH AKU NIH". hah, amek kau setempek ! bila sampai kat rumah kekasih dia, rupa-rupanya org tua yg dia langgar tuh bakal ayah mentua. mmg kene reject awal-awal la kan. haha. iklan nie walaupon saya dah tgk dua puluh empat puluh kali pon masih boleh gelak. kelakar sangat tgk muka pakcik tue merajuk. hee (:

sangat tidak macho seorang lelaki itu bila dia tidak hormat pada orang tua. nampak macam tak bertamadun langsung kan ? bila dia tak hormat orang tua yang lain, dalam erti kata lain dia juga tidak hormat pada ibu dan bapa dia kan kan kan.


3. SUDAH LAH TAK EDUCATED, MALAS PULAK TUH 

heh, ini jenis yang orang kata ape tuh, bodoh sombong kan. dah la tak berapa nak pintar, malas nak memajukan diri sendiri pulak tuh. memang tak boleh dibuat laki kalo yang macam ginie. hehe. educated bukanlah bermaksud kamu mesti ada phd, master, degree or diploma ye. bukan. kalau kamu lepasan SPM tapi kamu berjaya, itu juga educated namanya.

kalau kamu perasan, ramai sahaja orang yg kaya-raya tapi tak belajar tinggi sgt pon. kenapa mereka boleh berjaya? ini kerana mereka rajin. kalaupun kamu lepasan SPM tp kamu rajin berusaha gigih utk berjaya, mmg tak ada masalah. ini yg dah la lepasan SPM, malas pulak tue nak berjaya dalam hidup. nak-nak kalau kebetulan keluarga mereka kaya. asyik nak berharap duit parents jela.


4. MEMPUNYAI STIGMA "KERJA RUMAH SEMUA PEREMPUAN YANG KENE BUAT. LELAKI TAK PERLU TOLONG LANGSUNG. HEY ! TAK MASKULIN TAHU BUAT KERJA RUMAH!"

hey hey hey. payah la kalau macam nie. semua kerja rumah perempuan yang buat. habis tue kamu buat ape? goyang kaki sahaja kah? atau bagi anak sampai cukup dua team bola? ini mmg tidak patot. seharusnya hidup berumah tangga haruslah kerjasama. mmg lah kamu itu ketua keluarga tapi filosofi sebegini tidak patot diterapkan. masa bercinta semua nya indah bukan. "SAYA SANGGUP SEHIDUP SEMATI DENGAN AWAK" "SAYA SANGGUP LAKUKAN APA SAJA UNTUK AWAK" itu semua hanya lah tanam tebu di tepi bibir[wah! saya sudah pandai berperibahasa nie]


tapi bila sudah kawin, mintak tolong vacum rumah pon sudah mula merungut. cakap itulah cakap inilah. tidak patot bukan. orang kata, kalau kita dah bersedia nak berkahwin, maksudnya kita juga sudah bersedia untuk berkongsi hidup dengan seseorang. oleh itu mari lah kita berkongsi segala-galanya. termasuk kerja rumah. spender jgn kongsi. lain pattern dan saiz. haha. eh ini saya cakap dari sudut perspektif kalau suami isteri yg sama-sama bekerja. kalau kamu bercadang untuk menjadi suri rumah tangga sepenuh masa, tidak mengapa lah buat semua kerja rumah itu. sbb suami kan dah penat bekerja mencari nafkah. haha. saya oke je kalau suami saya suruh duduk rumah jaga anak. tapi tolong bayar gaji saya setara dgn gaji yg saya boleh dpt jika saya bekerja ya. boleh? haha (:


5. NAK NAMPAK HEBAT SENTIASA

tolong lah. saya benci betul jenis lelaki yang macam ini. saya lagi suka yg jenis mengaku kelemahan diri daripada sentiasa nak nampak hebat sepanjang masa di mata perempuan. konon kalau bercerita tue, dia je lah yg hebat. tiada org lain lg hebat berbanding dia. asyik la nak bercerita pasal kehebatan diri sendiri yg tidak dpt dipastikan kesahihannya.

kalau cerita pasal dia main futsal tue, dia jelah yg dpt score paling bnyk. teammate laen semua tak reti main lah, kaki bangku lah. padahal entah-entah dia buat cubaan utk score pun tidak. chet ! meloyakan tekak betul kan. lagi satu yg jenis suka nak condemn bangsa sendiri tp diri sendiri tak menyumbang apa-apa untuk memajukan bangsa dia tuh.


6. SUKA GUNA DUIT PEREMPUAN ERTI KATA LAIN DUITMU DUITKU, DUITKU DUITKU BUKAN DUITMU 

 
aduh. ini lagi satu masalah. jangan lah dibuat suami lelaki yg mempunyai perangai seperti ini. setiap kali keluar dating je, semua nak suruh kamu yg bayar. sekali sekala boleh la kan. tp kalau dah selalu sgt, mmg melampau lah kan. lagi satu jenis yg suka meminta-minta dibelikan sesuatu. tahun pertama kapel "AWK, TOLONG BELIKAN SAYA TOPUP RM50 EH". tahun kedua kapel "AWK, BOLEH TOLONG BELIKAN SY T-SHIRT TOPMAN SATU?" masuk tahun ketiga kapel "AWK, SY TERINGIN SGT NAK KASUT MERCURIAL YG BARU TUH. BELIKANLAH UTK SY". amboi amboi amboi. mmg mintak pelempang betul.

nnti kalau kamu dah kawin dgn lelaki yg macam ini, silap hari bulan, semua pon kamu yg kena bayar. baik bil letrik, bil air, belanja rumah, lampin anak, susu anak, yuran sekolah anak, loan kereta, pendek kata semua lah. sedih betol. lagi menyedihkan kalau dia asyik cakap yg dia tiada duit, padahal sebenarnya dia kumpul duit untuk tukar spot rim kereta, tambah ekzos kereta, membina para-para sakura di bonet kereta, dan mengubah suai kereta wira nya supaya seakan-akan menyerupai kereta alfo romeo.

p/s: 6 cukup tak? ke nak lg? hehe. yg 6 ini pon jari saya dah pendek sebab menaip. tapi ape pon, 4 patah perkataan je saya nak cakap. jodoh di tangan tuhan. haha. kamu semua hati-hati la ye mencari calon suami supaya calon suami korang semua tidak tersenarai dalam ciri-ciri yg seperti di atas...


tatayala (: